Showing posts with label busana. Show all posts
Showing posts with label busana. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Golden Wedding

So alkisahnya..kitorang tak jadi nak pakai baju kaler lavender. Masa majlis kahwin sebelah aku tu nanti kitorang akan pakai baju kaler gold. Sebelah Encik Kekasih pulak kaler purple. Majlis sebelah aku insyaAllah akan berlangsung pada 11 Disember 2010 dan sebelah Encik Kekasih pulak pada 18 Disember 2010. Kad kahwin belum buat lagi, nanti bila dah siap kitorang bagi ye. Ni ada sedikit gambar2 teaser. lol



Kain Untuk Family

First sekali soooooooooooooo sorry aku lama gila tak update blog ni. Haha! Busy memanjang la katakan..lol. So here it is, the first update after 4-5 months! :p

So far aku pening jugak la pasal nak plan wedding ni. Semua benda aku nak kena setelkan sendiri...huhu. Tapi takpe..hopefully everything will work out just fine. :)

Hari ni aku pergi beli kain ela & kain baju melayu untuk family aku pakai masa majlis tu nanti. Beli kat Nagoya dengan harga...tau tau..dah lupa. Tapi murah la jugak. Ni la gambarnya:


Kain untuk baju melayu Abah & Abang.



Kain untuk baju kurung Mak, Da & Lin.

Saturday, March 20, 2010

Baju Nikah

Hari tu masa pi Pertama Complex, dua tiga kali aku dok ulang lalu depan butik pengantin yang satu ni. Tak ingat la apa nama butik tu, tapi ada sepasang jubah putih yang aku berkenan sangat untuk buat baju nikah aku nanti. Bukan la mesti nak yang tu jugak..tapi anda faham kan perkataan konsep? Tak tau la ok ke tak aku pakai baju jubah..huhu. Tapi macam menarik pulak. Kalau boleh aku nak cari jubah yang lebih kurang macam tu la. Primary colournya putih, then secondary colour warna pastel la..apa2 pun takpe. Tapi taknak yang terlalu menyerlah. Simple2 saja. Nikah kan macam suci2 sikit..hehe.


Takde gambar jubah yang dimaksudkan..tapi ala2 gini kot lebih kurang.
Photo credit to http://maratussolehah-jubah.blogspot.com