Saturday, March 27, 2010

11 Disember 2010?


Tadi masa dinner, Encik Kekasih cakap majlis sebelah family diorang maybe buat 18 Disember, which is a Saturday. Kalau macam tu, majlis sebelah aku most probably 11 Disember lah. Suka2. Eleven is my favourite number! Hehe. Oh ya, aku lupa nak cerita..sebenarnya Kak Fida (kakak sulung Encik Kekasih) pun nak kawen hujung tahun ni jugak. So majlis sebelah family diorang nak buat double wedding. Our's and Kak Fida's.

Kisah Kasut Primavera

Anda semua tau kan ada jenama kasut nama Primavera? Ok, bagus. Senang aku nak cerita. Aku dan Encik Kekasih pegi Mid Valley (lagi) hari tu..masa tengah jalan2 ternampaklah ada 50% sale kat kedai Primavera. So memandangkan aku memang plan nak bagi kasut sebagai salah satu hantaran kepada Encik Kekasih, dengan spontannya aku pun tarik tangan dia dengan senyuman yang sampai ke telinga (reaksi normal bagi perempuan yang terkena Sindrom Musim Mega Sale). Tak terbayang la keseronokan aku ni bila tengok kasut2 yang harga asalnya RM200 jadi RM100 ja. Senyum yang dah sampai ke telinga tu dipanjangkan lagi beberapa cm. Ok, cuba bayangkan sekejap. Dah dapat bayangkan? Sekarang cuba bayangkan pulak muka aku bila tanya2 dan salesgirl tu kata "Sorry, size 11 tak ada la kak". WHAT??

Kemeja & Tali Leher

Setelah beberapa kali membelek2 kemeja kat Jusco Midvalley, akhirnya siang tadi beli jugak. Jenama SEED, harga RM109. Akan dipadankan dengan tali leher jenama CADINI, beli kat MyTie harga RM49. Kedua2nya Encik Kekasih yang pilih. Yela..dah nak bagi kat dia kan..

Masa pilih kemeja tu..saiz L tinggal sehelai je. Padahal saiz lain berlambak2 lagi. Nasib baik sempat beli yang tu. Kalau tak jadi kes kasut Primavera la. Tie tu pulak..susahnya nak cari yang berkenan di hati Encik Kekasih. Ada satu ni aku memang suka. Tapi ada kaler pink sikit, Encik Kekasih reject awal2. Last2 pilih yang kaler hitam dan ada line kaler merah. Encik Kekasih kata nak yang simple dan senang nak match ngan kemeja2 dia yang lain. Tengok gambar di bawah.

Thursday, March 25, 2010

Pencarian Cupcakes

Ingat tak dalam list hantaran aku ada cupcakes? Aku suka cupcakes sebab ianya sangat comel. Tapi aku tak suka makan cupcakes sebab cepat rasa muak. Tapi takpela, bukan aku yang nak makan. Encik Kekasih makan je rasanya. Aku sekarang tengah cari orang yang wat bisnes cupcake kat area Perlis ataupun utara Kedah. So jumpala website ni: Cupcakes With Love. Nampak macam best.



Comel kan? Wedding cake dia pun cantik ok. Nak wedding cake macam yang kat bawah ni.

Printing

Semalam aku sembang ngan Pitkati, kawan sekolah aku dulu masa kat MRSM. Dia sekarang buat bisnes printing. Mula2 nak tanya pasal printing t-shirt untuk reunion sekolah rendah aku. Tiba2 teringat pulak pasal nak print kad kawen aku nanti. Dia kata company dia boleh buat (with minimal cost la harap2nya..haha). Nanti bila dah siap design bagi kat dia, dia printkan. Best2. Setel satu hal. Dia kata lagi kalau 1000+ dapat banner free. Aku memang suka benda2 free! Korang pun kan? Haha.

Tuesday, March 23, 2010

Sudah Beli Perfume

Perfume set Hugo Boss yang diceritakan dalam entri ini sudah dibeli hari ini. Harganya RM248.



Dapat shoulder bag free seperti dibawah. Encik Kekasih insist nak shoulder bag ini jugak.

Sunday, March 21, 2010

Berita Gembira Hari Ini

Seronoknya baca e-mail tadi. Abang Azeem kata dia boleh lukis simple illustration untuk kami. Suka! Siap bagi diskaun lagi. Selalu dia caj RM50, tapi untuk kami dia bagi RM30. OK la kan..hehe. Dari nak pi shoot pre-wedding ke apa dah beratus2..baik lukis kartun je. Sweet and simple. Macam yang aku suka. Anda semua boleh bayangkan tak macam mana rupanya kad kawen aku nanti? Macam yang kat bawah ni la lebih kurang.



Photo credit to http://4.bp.blogspot.com

Sirih Junjung

Dalam dok list senarai hantaran, terlupa pulak nak listkan sirih junjung. Adat takleh nak diketepikan. Mula2 masa Ain tanya pasal sirih junjung ni tadi aku ingat nak bagi parents aku je setel pasal ni. Tapi bila pikir2 balik, tak mau la. Kata nak buat semua sendiri kan..so kata mesti dikota. Sirih junjung pun akan kugubah sendiri. Cewah. Mak dan Abah tolong pi cari sirih banyak2 bagi kat cek nak test power. Haha. Wajib cun sirih junjung cek nanti. So, aku pun mintak tolong Uncle Google pi cari sat contoh2 gubahan sirih junjung yang cek berkenan. Jumpa la macam yang kat bawah ni.



Cuba anda bayangkan bunga mawar pink tu tukar jadi warna ungu. Lawa kan?

Boss in Motion White Edition by Hugo Boss

Hantaran #1, ni dia gambarnya. Tunjuk siap2.



Satu set ni harga dia RM200+. Ada 1 perfume 90ml dan 1 body wash taktau berapa ml. Ada diskaun 10% kat Jusco MidValley tadi. Tapi aku tak beli lagi la. Baru cadang2 dan hampir2 nak beli tadi. Tapi ingat nak tengok tempat lain dulu kalau2 ada promosi yang lebih menarik. Biasa la..nak hantaran best2, tapi duit nak jimat. Kawen bajet la katakan. Sedih je bunyinya.

Siapa Nak Lukis Kartun Kami?

Semalam aku message Abang Azeem. Aku tanya dia boleh lukis karikatur tak. Dia cakap dia tak pantai sangat karikatur, kalau acrylic painting boleh la. Hm, so siapa nak lukis kartun untuk kad kawen kami? Aku tanya Abang Azeem lagi kot2 la dia boleh try lukis kartun simple2 untuk kami. Ni tengah tunggu dia reply la ni. Rasanya Abang Azeem boleh je lukis kartun, tapi maybe dia tak konfiden nak lukis karikatur. Sebab dulu masa kami sekolah, Abang Azeem ngan Abang Ceipul pelukis komik handalan MRSM Langkawi. So harap2 boleh la ye.

Aku boleh la jugak nak lukis komik sikit2..tapi aku takut tak jadi rupa yang dikehendaki..huhu. Selalunya akan terlebih hensem dan terlebih lawa. So tak real la kan. Lagipun, aku tak pandai colouring. Aku main black and white je selama ni. Tak lawa la pulak kad kawen black and white. Pls la boleh ye Abang Azeem..huhu. Design kad tu nanti aku buat sendiri. Just nak icon je. Nak mintak Ubi lukis dia caj sampai RM97 sorang. Dua orang dah dekat dua ratus. Mintak maaf lah. Duit tu baik aku beli lolipop kat budak2. Kan?

Saturday, March 20, 2010

Hantaran

Aku dan Encik Kekasih belum decide lagi hantaran berapa berbalas berapa nak bagi. Tapi aku dok pikir sorang2 tujuh berbalas sembilan pun ok juga. Yang tujuh tu terpulang la pihak Encik Kekasih nak bagi apa. Yang sembilan belah aku tu aku dah shortlist seperti dibawah, kalau Encik Kekasih setuju esok jugak aku start beli..hehe.

1. Set perfume
2. Kemeja dan tali leher
3. Sepasang baju melayu dan/atau songkok.
4. Beberapa tin bola tenis (Encik Kekasih yang mintak ok)
5. Sepasang kasut kulit
6. Cupcakes comel
7. Buah-buahan
8. Potpouri
9. Coklat

Dan yang paling penting, hantaran2 ini semua aku nak letak mawar ungu seperti yang dijanjikan berselang-seli dengan bunga lavender (kalau tak dapat, apa2 pokok renek yang seangkatan dengannya) dan daun2 hijau. Dan ada riben besar kaler cream ok. Wah, indahnya..hehe.


Mawar ungu yang kucari warnanya begini.
Photo credit to http://wendydiana83.multiply.com

Perlukah Ada Flower Girls?

Aku teringat majlis sepupu aku Kak Nora a.k.a. Cik Ala merangkap anak bongsu Mak Lang aku yang duduk sebelah rumah. Majlis sanding dia 3 tahun lepas. Dia kawen ngan Abang Hanafi, orang Sabah bah! Masa resepsi di rumah Mak Lang anak2 Bang Ya dan Bang E jadi flower girls. Masa tu semua kecik2 lagi dan comel2 belaka. Kak Yantie siap choreograph movement lagi..ala2 menari2 gitu la. Ingat lagi Dek Wa, anak Bang E yang nombor 2 nangis sebab baju dia lambat siap. Punya la takut tak dapat jadi flower girl Kak Nora dia..hehe. Comel kan?

Tapi aku rasa masa majlis aku nanti tak perlu kot ada flower girls ni. Abah pun kata nak majlis simple2 je. Tak mau ada sentimen2 kebaratan. (Tapi potong2 kek mau ada juga ye Abah..hehe). Lagipun satu keja lagi nak pikir pasal movement la..baju la..bunga la..budak2 plak tu..banyak ragamnya. Serabut jugak kadang2.

Baju Nikah

Hari tu masa pi Pertama Complex, dua tiga kali aku dok ulang lalu depan butik pengantin yang satu ni. Tak ingat la apa nama butik tu, tapi ada sepasang jubah putih yang aku berkenan sangat untuk buat baju nikah aku nanti. Bukan la mesti nak yang tu jugak..tapi anda faham kan perkataan konsep? Tak tau la ok ke tak aku pakai baju jubah..huhu. Tapi macam menarik pulak. Kalau boleh aku nak cari jubah yang lebih kurang macam tu la. Primary colournya putih, then secondary colour warna pastel la..apa2 pun takpe. Tapi taknak yang terlalu menyerlah. Simple2 saja. Nikah kan macam suci2 sikit..hehe.


Takde gambar jubah yang dimaksudkan..tapi ala2 gini kot lebih kurang.
Photo credit to http://maratussolehah-jubah.blogspot.com

Wedding Favors untuk VIP

Aku ada satu idea untuk VIP punya favors masa majlis aku nanti. Kalau ikut blog2 yang aku visit harga barang2 untuk wedding favors ni agak berpatutan la jugak. Cuma aku kena la rajin mencari supplier yang paling murah. VIP favors ni kiranya gifts untuk family terdekat aku dan Encik Kekasih la masa resepsi sebelah family aku. So aku bajet dalam 60 orang je. OK ke? 1 pcs favor anggaran harga RM3 sekali ngan bekas dan riben/bunga. Tak tau dapat ke tak harga macam tu. Tapi memandangkan aku nak buat sendiri, aku hanya perlu beli materialnye sahaja.

Aku cadang nak bagi tasbih. Haa..tak ke elok tu..sambil memberi kita menerima. InsyaAllah kalau orang yang kita bagi tu guna kita dapat pahala jugak kan. Bijak tak aku? Hehe. Tasbih tu aku dengar cerita boleh dapat di Mydin dengan harga RM7.20 sedozen. Nanti bila lapang2 aku nak pi survey tengok. So kalau aku nak bagi 60 orang, aku beli 5 dozen pun dah cukup. RM7.20x5=RM36.

Pastu aku bubuh tasbih tu dalam bekas mengkuang comel, ikat cun2 ngan riben dan letak bunga kecik. Then, aku letak la tag Terima Kasih. Yang tu print sendiri pun takpe. Actually, design untuk tag gifts dah ada dah..tapi aku tak mau up lagi la. Surprise la konon..hehe. So, VIP favors aku jadik la lebih kurang macam yang kat bawah ni. OK ke tak?


Photo credit to www.dinigifts.com

Calon Jurufoto #1

Haa..merujuk kepada entri ini, telah aku ceritakan betapa aku ini sangat particular bab gambar kawenku nanti. So dalam entri kali ini, aku dengan bangganya memperkenalkan Encik Shairol Rafizan Mohd Radzi..calon jurufoto aku yang pertama. Pertama sekali, aku berkenan la dengan konsep fotografi Encik Shairol ni..sesuai dengan taste aku kot. Aku tengok portfolio dia pun ada variasi..nampak la fleksibliti di situ. Kiranya, kalau aku nak style yang pelik2 sikit pun Encik Shairol takdak masalah kot nak adjust lens dia tu. Agaknya la kan. Soal bajet, aku dah tanya haritu. Ada la pricing dia bagi tapi aku lupa plak aku simpan kat mana..huhu. Nanti aku cari balik aku up kat sini la. Sekarang ni aku nak survey2 dulu photographer2 lain. Mana la tau kot2 ada kawan2 aku yang dok usung DSLR sana-sini tu volunteer nak test power..hehe.

Oh ya, kat bawah ni ada sample2 shots Encik Shairol yang aku suka.





Photos credit to Encik Shairol

Alahai Mak & Abah

Aku baru balik dari kampung pagi tadi. Ofcos la bersama Encik Kekasih. Naik tren 12 jam. Lengung tulang belakang semua ada. Ceritanya masa aku kat kampungku di Arau tu..sepanjang 6 hari lebih kurang, tiap2 hari mak dan abah aku dok cerita bab kawen ni. Aku pun tak tau la siapa yang lebih excited sekarang ni..aku ke mami and dedi cek. Yang mak dok sibuk bab duit belanja...lapan ribu enam ratus la..sembilan ribu enam ratus la..sepuluh ribu la..dua belas la..adik aku Da pun tumpang sekaki. Suka hati depa ja dok letak harga kat kakak depa ni. Kupang2 pun ada. Tu tak kira lagi yang dok letak cincin berlian segala. Cek tak tau la depa ni seronok tang mana. Kalau ikut aku, terus-terang la aku tak kesah berapa yang Encik Kekasih nak bagi..aku terima dengan dompet terbuka..kalau tak cukup esok lusa cek mintak lagi..cek tayang muka comey cek takkan la cik abang sayang tak bagi..hehe. Gurau je..kot2 la Encik Kekasih baca. Yang paling penting lepas kawen nanti tak kesempitan sudah la..dan TAK MAU HUTANG2 juga. Susah!

Yang Abah cek pun tak kurang excitednya. Mau ja bakal pak mentua cek call nak sembang, yang senak perut semua hilang tak tau pi mana. Ajaib pun ada..haha. Heran. Dok saja2 takdak apa topik kawen cek juga yang kena jaja. Lambat lagi Abah dan Mak oi..lagi 9 bulan dok ada. Kita plan slow2 la na.. Abah cek masa muda2 main kugiran. Ni tuan puteri kesayangan dia nak kawen dia dok kira bab kugiran jugak la. Cek tak tau la Abah..yang penting pakcik jual aiskrim depan sekolah Pauh tu mau ada. Satgi kot2 pengantin lapaq aiskrim tak ka jenuh.

Ceritanya?

Aku nak kawen!

Syok-syok jugak, tapi tau-tau je la kan..nak kawen ni bukannya senang. Banyak nak kena plan. Aku ni pulak agak particular bab2 ni. Mau yang best2 tapi murah dan within budget..hehe..payah la kan. So, solutionnya kena la plan semua benda seawal yang boleh. Dan bila masuk bab planning ni aku memang tersangatlah sukanya. Especially bab2 hantaran dan door gifts. Aku plan nak buat sendiri je semuanya..termasuklah kad jemputan kawen aku nanti. Kedaifoto Encik Adobe memanglah sedia menjadi sahabat karibku sepanjang masa..hehehe. Aku nak wedding yang simple but sweet and memorable.

So dalam kepala otak aku ni dah pun ada serba sedikit tentang wedding reception yang insyaAllah dirancang pada bulan 12 nanti. First, warna tema aku ingat nak buat kaler lavender dan cream serta hijau for the contrast and grand effect. Cewah. Anda boleh bayangkan? Cun gitu. Kad kawen ikut citarasa aku sendiri. Tak payah tempah, aku kan konon2nya terer design. Haha. Perasan tak ingat dunia! Tapi kalau ikut aku, aku nak buat kad yang lain dari yang lain. Kira custom made la ni. Nak tempah kad yang custom made sah2 la mahal. So design sendiri je. Last2 orang nak buang jugak kan? Nanti aku dah siap design aku upload kat sini untuk korang review sebelum diprint. Kad wangi ke tak wangi aku tak tau lagi. Tengok bajet ok.

Masa bersanding lagu yang dimainkan mau yang klasik2 ok. Baru feeling sikit. DJ tak pasti lagi. Kadang2 pikir macam tak perlu je. Hantaran semua akan dihias dengan mawar ungu. Sebab tu la blog ni namanya Mawar Ungu Untuk Kekasih. Cewah. Kalau boleh nak yang fresh, tapi kalau tak dapat yang plastik pun boleh. Asal lawa. Angan2 je baru, nak bagi apa kat Encik Kekasih pun tak tau lg. Hantaran pun insyaAllah aku kugubah sendiri. Tempah kedai mahal ok! 1 dulang RM80. Mintak maaf la.

Haa..paling penting photographer. Paling2 la aku particular bab ni. Mau yang terer ok. Gambar mau meletops. Aku dah ada 2-3 org photographer dalam kepala. Sorang tu aku dah siap mintak quotation. Aku cari yang kena ngan taste aku je..dan kena ngan bajet la..hehe. Kalau ada promotion lagi la bagus. Sesetengah tu caj punya la mahal, gambar tak seberapa pun. Adeh. Aku amek sendiri pun lagi lawa. Masuk bakul disitu.

Oh yes, baju tema untuk famili aku sedang dicari. Harap2 ada sale. Kaler ungu/lavender gitu la. Untuk Mak dan adik2 aku Da dan Lin nak beli kain bunga2, ikut diorang la nak buat baju macam mana. Untuk Abah dan Abang buat baju melaju la obviously. Yang paling special untuk kucing aku Milo pun ada ok. Maybe aku jahit sendiri sepasang gaun untuk dia. Pastu ada 'hairclip' bunga2. Dapat bayangkan? Kiutnye Milo! Hehe. Boleh jadi flower girl la..

Make-up aku tak tau..huhu. Aku tak reti pasal make-up ni. Mintak maaf la..aku memang tak suka make-up. So masalah disini. Ada yang sudi membantu? Nak rekemen mak andam ke sangat2 dialu2kan. Kalau boleh make-up tak mau stand out sangat la..jadi opera cina pulak aku nanti. Biasa2 sudah. Natural kan. Pls jangan tempek eye shadow kaler biru ok. Pantang tok nenek cek! Baju kawen masa resepsi sebelah aku maybe kaler lavender and cream/ivory. Pengapit maybe akan pakai kaler cream? Aku tak pikir sangat lagi pasal pengapit ni..siapa nak jadi pengapit pun tak tau lagi. Nanti2 la aku update.