Saturday, August 21, 2010

Golden Wedding

So alkisahnya..kitorang tak jadi nak pakai baju kaler lavender. Masa majlis kahwin sebelah aku tu nanti kitorang akan pakai baju kaler gold. Sebelah Encik Kekasih pulak kaler purple. Majlis sebelah aku insyaAllah akan berlangsung pada 11 Disember 2010 dan sebelah Encik Kekasih pulak pada 18 Disember 2010. Kad kahwin belum buat lagi, nanti bila dah siap kitorang bagi ye. Ni ada sedikit gambar2 teaser. lol



Kain Untuk Family

First sekali soooooooooooooo sorry aku lama gila tak update blog ni. Haha! Busy memanjang la katakan..lol. So here it is, the first update after 4-5 months! :p

So far aku pening jugak la pasal nak plan wedding ni. Semua benda aku nak kena setelkan sendiri...huhu. Tapi takpe..hopefully everything will work out just fine. :)

Hari ni aku pergi beli kain ela & kain baju melayu untuk family aku pakai masa majlis tu nanti. Beli kat Nagoya dengan harga...tau tau..dah lupa. Tapi murah la jugak. Ni la gambarnya:


Kain untuk baju melayu Abah & Abang.



Kain untuk baju kurung Mak, Da & Lin.

Friday, April 9, 2010

Sudah Beli Stage

Beberapa bulan lepas aku tak pernah tau pun Stage tu makhluk apa. Tapi lepas Farah Fdragon rumetku membeli sekeluarga Stage tu, plus dapat free makeover barulah aku tau yang Stage tu sebenarnya jenama make-up. Haha. Mintak maaflah, aku memang tak tau. So nak dijadikan cerita, Encik Kekasih memang nak bagi barang2 make-up ni buat hantaran. Akupun terus merekemenkan Stage sebab firstly, ada diskaun 15%. Secondly, dapat free makeover for every RM100 spent..walaupun aku tak tau tahun bila aku nak pi buat makeover ni. Tapi ada time limit..so nak tak nak memang kena pegi buat jugak lah nanti. Gambar set Stage yang dibeli tu nak kena upload ke? Takyah la..kasi surprise sikit! Hehe :)

Saturday, March 27, 2010

11 Disember 2010?


Tadi masa dinner, Encik Kekasih cakap majlis sebelah family diorang maybe buat 18 Disember, which is a Saturday. Kalau macam tu, majlis sebelah aku most probably 11 Disember lah. Suka2. Eleven is my favourite number! Hehe. Oh ya, aku lupa nak cerita..sebenarnya Kak Fida (kakak sulung Encik Kekasih) pun nak kawen hujung tahun ni jugak. So majlis sebelah family diorang nak buat double wedding. Our's and Kak Fida's.

Kisah Kasut Primavera

Anda semua tau kan ada jenama kasut nama Primavera? Ok, bagus. Senang aku nak cerita. Aku dan Encik Kekasih pegi Mid Valley (lagi) hari tu..masa tengah jalan2 ternampaklah ada 50% sale kat kedai Primavera. So memandangkan aku memang plan nak bagi kasut sebagai salah satu hantaran kepada Encik Kekasih, dengan spontannya aku pun tarik tangan dia dengan senyuman yang sampai ke telinga (reaksi normal bagi perempuan yang terkena Sindrom Musim Mega Sale). Tak terbayang la keseronokan aku ni bila tengok kasut2 yang harga asalnya RM200 jadi RM100 ja. Senyum yang dah sampai ke telinga tu dipanjangkan lagi beberapa cm. Ok, cuba bayangkan sekejap. Dah dapat bayangkan? Sekarang cuba bayangkan pulak muka aku bila tanya2 dan salesgirl tu kata "Sorry, size 11 tak ada la kak". WHAT??

Kemeja & Tali Leher

Setelah beberapa kali membelek2 kemeja kat Jusco Midvalley, akhirnya siang tadi beli jugak. Jenama SEED, harga RM109. Akan dipadankan dengan tali leher jenama CADINI, beli kat MyTie harga RM49. Kedua2nya Encik Kekasih yang pilih. Yela..dah nak bagi kat dia kan..

Masa pilih kemeja tu..saiz L tinggal sehelai je. Padahal saiz lain berlambak2 lagi. Nasib baik sempat beli yang tu. Kalau tak jadi kes kasut Primavera la. Tie tu pulak..susahnya nak cari yang berkenan di hati Encik Kekasih. Ada satu ni aku memang suka. Tapi ada kaler pink sikit, Encik Kekasih reject awal2. Last2 pilih yang kaler hitam dan ada line kaler merah. Encik Kekasih kata nak yang simple dan senang nak match ngan kemeja2 dia yang lain. Tengok gambar di bawah.

Thursday, March 25, 2010

Pencarian Cupcakes

Ingat tak dalam list hantaran aku ada cupcakes? Aku suka cupcakes sebab ianya sangat comel. Tapi aku tak suka makan cupcakes sebab cepat rasa muak. Tapi takpela, bukan aku yang nak makan. Encik Kekasih makan je rasanya. Aku sekarang tengah cari orang yang wat bisnes cupcake kat area Perlis ataupun utara Kedah. So jumpala website ni: Cupcakes With Love. Nampak macam best.



Comel kan? Wedding cake dia pun cantik ok. Nak wedding cake macam yang kat bawah ni.