Showing posts with label cenderahati. Show all posts
Showing posts with label cenderahati. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

Wedding Favors untuk VIP

Aku ada satu idea untuk VIP punya favors masa majlis aku nanti. Kalau ikut blog2 yang aku visit harga barang2 untuk wedding favors ni agak berpatutan la jugak. Cuma aku kena la rajin mencari supplier yang paling murah. VIP favors ni kiranya gifts untuk family terdekat aku dan Encik Kekasih la masa resepsi sebelah family aku. So aku bajet dalam 60 orang je. OK ke? 1 pcs favor anggaran harga RM3 sekali ngan bekas dan riben/bunga. Tak tau dapat ke tak harga macam tu. Tapi memandangkan aku nak buat sendiri, aku hanya perlu beli materialnye sahaja.

Aku cadang nak bagi tasbih. Haa..tak ke elok tu..sambil memberi kita menerima. InsyaAllah kalau orang yang kita bagi tu guna kita dapat pahala jugak kan. Bijak tak aku? Hehe. Tasbih tu aku dengar cerita boleh dapat di Mydin dengan harga RM7.20 sedozen. Nanti bila lapang2 aku nak pi survey tengok. So kalau aku nak bagi 60 orang, aku beli 5 dozen pun dah cukup. RM7.20x5=RM36.

Pastu aku bubuh tasbih tu dalam bekas mengkuang comel, ikat cun2 ngan riben dan letak bunga kecik. Then, aku letak la tag Terima Kasih. Yang tu print sendiri pun takpe. Actually, design untuk tag gifts dah ada dah..tapi aku tak mau up lagi la. Surprise la konon..hehe. So, VIP favors aku jadik la lebih kurang macam yang kat bawah ni. OK ke tak?


Photo credit to www.dinigifts.com

Ceritanya?

Aku nak kawen!

Syok-syok jugak, tapi tau-tau je la kan..nak kawen ni bukannya senang. Banyak nak kena plan. Aku ni pulak agak particular bab2 ni. Mau yang best2 tapi murah dan within budget..hehe..payah la kan. So, solutionnya kena la plan semua benda seawal yang boleh. Dan bila masuk bab planning ni aku memang tersangatlah sukanya. Especially bab2 hantaran dan door gifts. Aku plan nak buat sendiri je semuanya..termasuklah kad jemputan kawen aku nanti. Kedaifoto Encik Adobe memanglah sedia menjadi sahabat karibku sepanjang masa..hehehe. Aku nak wedding yang simple but sweet and memorable.

So dalam kepala otak aku ni dah pun ada serba sedikit tentang wedding reception yang insyaAllah dirancang pada bulan 12 nanti. First, warna tema aku ingat nak buat kaler lavender dan cream serta hijau for the contrast and grand effect. Cewah. Anda boleh bayangkan? Cun gitu. Kad kawen ikut citarasa aku sendiri. Tak payah tempah, aku kan konon2nya terer design. Haha. Perasan tak ingat dunia! Tapi kalau ikut aku, aku nak buat kad yang lain dari yang lain. Kira custom made la ni. Nak tempah kad yang custom made sah2 la mahal. So design sendiri je. Last2 orang nak buang jugak kan? Nanti aku dah siap design aku upload kat sini untuk korang review sebelum diprint. Kad wangi ke tak wangi aku tak tau lagi. Tengok bajet ok.

Masa bersanding lagu yang dimainkan mau yang klasik2 ok. Baru feeling sikit. DJ tak pasti lagi. Kadang2 pikir macam tak perlu je. Hantaran semua akan dihias dengan mawar ungu. Sebab tu la blog ni namanya Mawar Ungu Untuk Kekasih. Cewah. Kalau boleh nak yang fresh, tapi kalau tak dapat yang plastik pun boleh. Asal lawa. Angan2 je baru, nak bagi apa kat Encik Kekasih pun tak tau lg. Hantaran pun insyaAllah aku kugubah sendiri. Tempah kedai mahal ok! 1 dulang RM80. Mintak maaf la.

Haa..paling penting photographer. Paling2 la aku particular bab ni. Mau yang terer ok. Gambar mau meletops. Aku dah ada 2-3 org photographer dalam kepala. Sorang tu aku dah siap mintak quotation. Aku cari yang kena ngan taste aku je..dan kena ngan bajet la..hehe. Kalau ada promotion lagi la bagus. Sesetengah tu caj punya la mahal, gambar tak seberapa pun. Adeh. Aku amek sendiri pun lagi lawa. Masuk bakul disitu.

Oh yes, baju tema untuk famili aku sedang dicari. Harap2 ada sale. Kaler ungu/lavender gitu la. Untuk Mak dan adik2 aku Da dan Lin nak beli kain bunga2, ikut diorang la nak buat baju macam mana. Untuk Abah dan Abang buat baju melaju la obviously. Yang paling special untuk kucing aku Milo pun ada ok. Maybe aku jahit sendiri sepasang gaun untuk dia. Pastu ada 'hairclip' bunga2. Dapat bayangkan? Kiutnye Milo! Hehe. Boleh jadi flower girl la..

Make-up aku tak tau..huhu. Aku tak reti pasal make-up ni. Mintak maaf la..aku memang tak suka make-up. So masalah disini. Ada yang sudi membantu? Nak rekemen mak andam ke sangat2 dialu2kan. Kalau boleh make-up tak mau stand out sangat la..jadi opera cina pulak aku nanti. Biasa2 sudah. Natural kan. Pls jangan tempek eye shadow kaler biru ok. Pantang tok nenek cek! Baju kawen masa resepsi sebelah aku maybe kaler lavender and cream/ivory. Pengapit maybe akan pakai kaler cream? Aku tak pikir sangat lagi pasal pengapit ni..siapa nak jadi pengapit pun tak tau lagi. Nanti2 la aku update.