Saturday, March 20, 2010

Wedding Favors untuk VIP

Aku ada satu idea untuk VIP punya favors masa majlis aku nanti. Kalau ikut blog2 yang aku visit harga barang2 untuk wedding favors ni agak berpatutan la jugak. Cuma aku kena la rajin mencari supplier yang paling murah. VIP favors ni kiranya gifts untuk family terdekat aku dan Encik Kekasih la masa resepsi sebelah family aku. So aku bajet dalam 60 orang je. OK ke? 1 pcs favor anggaran harga RM3 sekali ngan bekas dan riben/bunga. Tak tau dapat ke tak harga macam tu. Tapi memandangkan aku nak buat sendiri, aku hanya perlu beli materialnye sahaja.

Aku cadang nak bagi tasbih. Haa..tak ke elok tu..sambil memberi kita menerima. InsyaAllah kalau orang yang kita bagi tu guna kita dapat pahala jugak kan. Bijak tak aku? Hehe. Tasbih tu aku dengar cerita boleh dapat di Mydin dengan harga RM7.20 sedozen. Nanti bila lapang2 aku nak pi survey tengok. So kalau aku nak bagi 60 orang, aku beli 5 dozen pun dah cukup. RM7.20x5=RM36.

Pastu aku bubuh tasbih tu dalam bekas mengkuang comel, ikat cun2 ngan riben dan letak bunga kecik. Then, aku letak la tag Terima Kasih. Yang tu print sendiri pun takpe. Actually, design untuk tag gifts dah ada dah..tapi aku tak mau up lagi la. Surprise la konon..hehe. So, VIP favors aku jadik la lebih kurang macam yang kat bawah ni. OK ke tak?


Photo credit to www.dinigifts.com

No comments:

Post a Comment